Pengawal keselamatan dakwa nampak harimau ditahan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat berhubung dakwaan harimau berkeliaran di Kemensah.

AMPANG - Polis menahan seorang pengawal keselamatan kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkenaan penampakan seekor harimau liar berkeliaran di sekitar kawasan perumahan di Jalan Tropika Kemensah 3, Kemensah Height di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, suspek seorang lelaki warga asing ditahan sepasukan polis dari Balai Taman Melawati sekitar jam 7 malam di pondok pengawal Jalan Tropika Kemensah 3 di sini.

Iklan
Iklan

"Suspek dipercayai orang yang memberi maklumat berkenaan kelibat harimau tersebut dan perkembangan penemuan harimau oleh suspek itu masih dalam siasatan.

"Hasil semakan dan pemeriksaan dapati suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk tinggal di Malaysia,"katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menghantar pegawai mereka ke lokasi berkenaan untuk menjalankan siasatan namun tidak menemui sebarang kesan haiwan liar terbabit seperti yang didakwa.

Mengulas lanjut, Farouk berkata, polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun pada Sabtu berhubung satu pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp yang memberi amaran kepada penduduk setempat supaya berhati-hati dengan kelibat harimau liar tersebut.

Iklan

"Pengadu merasakan dakwaan ini adalah tidak benar dan mendatangkan kegusaran serta kebimbangan kepada penduduk setempat memandangkan setakat ini tiada bukti jelas tentang kehadiran harimau terbabit," jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek yang berusia 51 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Tambahnya, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara atau kedua-dua sekali.

"Pihak Polis sekali lagi meminta orang ramai agar tidak menghebohkan berita yang tidak sahih sehingga boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," ujarnya.