Restoran makanan segera dipecah masuk

Iklan
Wan Zulfikri

TANAH MERAH - Sebuah restoran makanan segera di bandar lama, di sini, dipecah masuk oleh seorang lelaki dalam kejadian awal pagi Sabtu.

Kejadian disedari oleh kakitangan restoran itu ketika ingin memulakan waktu kerja syif pada jam 5.25 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, semasa pekerja tersebut masuk ke dalam premis berkenaan mendapati ada seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di dalam restoran berkenaan.

"Pada masa sama, pengadu melihat sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna gelap berada di belakang bangunan premis itu.

Iklan

"Ketika pekerja hendak memeriksa keadaan, suspek sudah melarikan diri lalu mereka membuat laporan di balai polis,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, pada Sabtu.

Ujarnya, restoran tersebut tidak beroperasi 24 jam dan ditutup pada jam 3.20 pagi sebelum kejadian itu.

Iklan

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu memakai kemeja-T berwarna biru dan berseluar sukan paras lutut serta memakai selipar.

"Lelaki tersebut masuk ke dalam premis dengan memecahkan cermin tingkap kaunter pandu lalu dengan menggunakan batu,” jelasnya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wang tunai berjumlah RM183.50 hilang dan sebanyak 11 cap jari serta putung rokok ditinggalkan di tempat kejadian.

"Identiti lelaki belum dikenal pasti dan polis giat menjalankan usaha mengesan suspek untuk tindakan lanjut,” ujarnya.