KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendirian bahawa etika berpakaian adalah suatu yang wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata demikian susulan kenyataan seorang Ahli Parlimen yang mengulas mengenai etika berpakaian yang ditetapkan kepada orang awam ketika berurusan dengan jabatan atau agensi kerajaan.