MAIS tetap pendirian isu guru KAFA tolak vaksin

Iklan
Abdul Aziz ketika ditemui media selepas Majlis Penutup Kursus Perdana Musim Haji 1443H Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada Sabtu.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin Covid-19.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tindakan tersebut dibuat setelah kumpulan tersebut dinasihatkan beberapa kali untuk mendapatkan dos vaksin tersebut.

Iklan
Iklan

Tegasnya, langkah berkenaan juga dibuat berdasarkan undang-undang sedia ada, demi kebaikan semua terutamanya apabila melibatkan tugas guru yang perlu berinteraksi dengan para pelajar.

"Kita mengikut peraturan dan ikut prosedur undang-undang. Kita beri ingatan dan nasihat, jika tidak ikut juga, kita tidak mempunyai pilihan lain (tamatkan kontrak).

Iklan

"Benda ini (nasihat untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19) masih tidak diikuti, jadi pihak kerajaan Selangor melalui JAIS perlu tindakan tegas supaya tidak menjadi ikutan kepada yang lain."

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penutup Kursus Perdana Musim Haji 1443H Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Sabtu.

Iklan

Baru-baru ini, kerajaan Selangor sedang mendapatkan maklumat daripada Bahagian Pendidikan JAIS berhubung guru-guru KAFA yang ditamatkan kontrak pada awal Mei ini kerana menolak vaksin Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu untuk menjaga kebajikan golongan tersebut.

Sinar Harian sebelum ini turut melaporkan tentang kumpulan terbabit yang menolak ambil suntikan vaksin Covid-19 mendakwa dianiayai oleh pihak JAIS setelah diarahkan bertugas walaupun digantung elaun pada Mac dan April lalu.