BUKIT MERTAJAM - Majlis Pemulihan Negara (MPN) memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sewajarnya walaupun itu sudah diputuskan, untuk tempoh awal ini mesti ada cara bagi kerajaan memberikan perhatian untuk membantu pengusaha tempatan supaya tidak terjejas dengan perubahan dasar.