De Bruyne pemain terbaik EPL musim 2021-2022

Iklan
Kevin de Bruyne

PEMAIN tengah Manchester City, Kevin de Bruyne dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2021-2022.

Pemain kelahiran Belgium mengetepikan saingan daripada rakan sepasukan, Joao Cancelo; penyerang Liverpool, Mohamed Salah; bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min untuk mengungguli anugerah itu sebanyak dua kali dengan kali terakhir memenanginya pada musim 2019-2020.

Iklan
Iklan

"Ia satu penghormatan untuk dicalonkan kerana ramai pemain hebat di EPL yang melalui musim menakjubkan bersama kelab mereka.

"Saya rasa persembahan saya musim ini bagus dan saya gembira dapat menyumbang gol, bantuan gol sepanjang musim ini,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, pemain berusia 30 tahun itu meledak 15 gol dan tujuh bantuan gol dalam 29 perlawanan liga dan menjadi tonggak terpenting City musim ini.

Malah beliau juga merupakan pemain keempat yang berjaya memenangi anugerah tersebut dua kali selepas Thierry Henry, Cristiano Ronaldo dan Nemanja Vidic.

Iklan

Dalam pada itu, rakan sepasukan de Bruyne, Phil Foden mengungguli anugerah pemain muda terbaik EPL pada musim ini.

Foden sangat berbangga kerana berjaya mempertahankan anugerah itu yang dimenanginya pada musim lepas.

"Saya sangat bangga kerana berjaya menang anugerah ini untuk kali kedua berturut-turut.

"Ramai pemain muda berbakat beraksi di EPL pada musim ini dan ia satu penghormatan untuk memenanginya sekali lagi,” ujarnya.