Bapa saudara rogol remaja ditahan

Iklan
Suspek (kiri) direman selama tujuh hari bermula Ahad hingga Sabtu depan bagi membantu siasatan.

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja dirogol ketika menumpang di rumah bapa saudara dalam kejadian di Bandar Mutiara kira-kira 12.30 tengah malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja perempuan berusia 15 tahun lapan bulan itu tidak lagi bersekolah dan tinggal bersama nenek.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika suspek yang juga tukang besi berusia 34 tahun masuk ke bilik tidur sebelum meraba dan merogol mangsa.

"Mangsa dikatakan bertindak melawan tetapi tidak terdaya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Tambah beliau, siasatan di lokasi kejadian mendapati kediaman itu merupakan rumah teres setingkat dengan tiga bilik tidur dan kejadian berlaku di bilik tidur ibu saudara mangsa.

"Mangsa datang ke rumah tersebut untuk menumpang selama dua hari kerana nenek yang menjaganya pulang ke kampung di Pendang.

Iklan

"Mangsa dijaga oleh neneknya kira-kira setahun yang lepas," katanya.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada dalam bilik tidur bersama ibu saudara dan dua orang sepupu berumur 8 dan 7 tahun dikatakan sedang tidur.

Mangsa dikatakan tidak menjerit disebabkan takut dengan tindakan bapa saudara.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk pemeriksaan Pakar Perubatan Obstetrik dan Ginekologi," katanya.

Susulan itu, suspek ditahan kira-kira 12.38 tengah malam pada Ahad dan direman hingga Sabtu depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.