JAGUH perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia bangkit daripada kekalahan set pertama untuk merangkul gelaran juara Terbuka Thailand 2022 selepas menewaskan wakil China, Li Shi Feng sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Shi Feng terlebih dahulu memenangi set pertama 21-17 namun Zii Jia berjaya bangkit pada set kedua untuk mengatasi pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 dengan kemenangan 21-11 sekali gus mengheret permainan ke 'rubber set'.