LANGKAWI - Negara ASEAN perlu memperkukuh kesepakatan dalam memastikan keselamatan dan kestabilan serantau diberikan keutamaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan ini penting bagi mengelakkan 10 negara ini diperlekeh negara kuasa besar.
Bagaimanapun katanya, usaha Malaysia untuk bersama dengan negara kuasa besar juga harus berterusan.
"Negara yang kita ada hubungan dua hala juga perlu dirintis dan diterjemahkan dalam tindakan yang proaktif seperti eksesais yang kita jalankan hari ini," katanya ketika sidang akhbar selepas menyaksikan pelaksanaan Eksesais Taming Sari Siri 21 tahun 2022 di perairan Selat Melaka Utara di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kedudukan Malaysia yang berada di lokasi strategik di tengah negara kuasa besar diiktiraf menerusi penyertaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam eksesais berterusan bersama banyak negara.
"Antara eksesais dilaksanakan dan disertai TLDM bermula Januari hingga Mei termasuk Passage Exercise (PASSEX) bersama Tentera Laut Jerman di Perairan Selat Melaka dan PASSEX bersama Tentera Laut Perancis di Perairan Laut China Selatan.
"Mereka juga menyertai Milan 22 bersama Australia, China, Jepun, Korea Selatan dan Singapura di Visakhapatnam, India," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, TLDM juga akan menghantar kapal KD Lekir bagi menyertai eksesais Rim of The Pacific (RIMPAC) di Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat pada 29 Jun hingga 4 Ogos depan.
Eksesais Taming Sari yang dijalankan melibatkan 1,250 warga TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan penyertaan 10 buah kapal, lima fast combat boat, tiga pesawat TLDM, tiga pesawat TUDM dan dua pesawat APMM.
Penembakan yang dilakukan menggunakan misil EXOCET M-M-40 yang dilancarkan dari KD Lekir tepat mengenai sasaran yang berada pada jarak 20 batu nautika atau 36 kilometer.
Hubungan dua hala dan kesepakatan antara negara ASEAN perlu diperkukuhkan dalam usaha memastikan keselamatan serta kestabilan rantau ini diberikan keutamaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesepakatan yang kukuh itu boleh menghalang negara kuasa besar memperlekehkan negara ASEAN termasuk Malaysia.
Baca artikel penuh di: https://bit.ly/3PygGg2
Muzik: www.bensound.com
#Audiobuzz #SinarHarian #BeritaSemasa #ASEAN" />