Manchester City fantastik

Iklan
Pemain Manchester City meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris selepas menjinakkan Aston Villa dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Etihad.

PEMAIN Manchester City dilabelkan sebagai legenda kelab itu apabila bangkit ketinggalan dua gol dengan menjinakkan Aston Villa 3-2, di Stadium Etihad dalam perlawanan dramatik berintensiti tinggi Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi memastikan trofi kejuaraan liga kekal sekali lagi di Manchester.

Malah menurut pengendali Manchester City, Pep Guardiola, prestasi menakjubkan dalam tempoh lima minit para pemain The Citizens diterjemahkan dengan keputusan luar biasa bagi kejuaraan liga keempat dalam lima musim tersebut.

Iklan
Iklan

"Ya, kejuaraan keempat Liga Perdana Inggeris buat kelab ini dan sesungguhnya segala yang dilakukan sepanjang tempoh perlawanan ini selayaknya menjadikan mereka legenda kelab bola sepak Manchester City.

"Sejujurnya pada saya semua perlu mengakui bahawa kumpulan pemain yang memberikan sepenuh jiwa mereka dalam perlawanan dramatik ini merupakan legenda yang berjaya merealisasikan misi mustahil di penghujung perlawanan.

Iklan

"Yang pertama 100 mata (pada 2017-18), yang kedua di Brighton (hari terakhir, 2018-19), yang ketiga tanpa kehadiran para penyokong dan yang ini dengan kehadiran para pemain ke-12 merupakan persembahan yang terbaik,” kata pengendali kelahiran bumi Sepanyol tersebut.

Anak buah Guardiola membuktikan kelab itu dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan dua gol untuk mengatasi kelab pimpinan Steven Gerrard sekali gus menjulang kejuaraan musim ini.

Iklan

Gol IIkay Gundogan (76', 81') dan Rodri (78') sudah cukup memadamkan pendahuluan selesa Matty Cash (37') serta Philippe Coutinho (69') seterusnya gelaran keempat dalam lima musim.

Kemenangan The Citizens untuk mata ke- 93 itu sekali gus meranapkan peluang pencabar terdekat Liverpool yang mengutip 92 mata selepas menang bergaya 3-1 ke atas Wolves di Stadium Anfield hasil jaringan Sadio Mané (24'), Mohamed Salah (84') dan Andrew Robertson (89'), memadamkan jaringan awal minit ketiga Pedro Neto.

Manchester City yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas kekalahan kepada Real Madrid di separuh akhir apabila melepaskan tiga gol dalam tempoh lima minit lewat pada perlawanan kedua, secara berseloroh Guardiola berkata, dia mengambil pengajaran berguna ketika menentang skuad Carlo Ancelotti itu.

"Saya menghubungi Real Madrid dan mereka memberi saya nasihat yang baik sebelum perlawanan ini...

"Tiada penjelasan insiden di Madrid juga penjelasan pada hari ini. Ia semua berkaitan dengan momentum. Sejujurnya kadang-kadang seronok untuk menjalani situasi seperti ini yang membantu membentuk kami menjadi lebih kuat musim depan

"Ya, tentu sahaja kami memerlukan sedikit masa lagi, namun setiap saat yang berlalu selepas saingan liga ini membuatkan kami sedar bahawa empat kejuaraan dalam tempoh lima tahun di negara ini merupakan pencapaian terbaik dan luar biasa," ujar bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich tersebut.