Bekalan ayam mentah sukar diperoleh menyebabkan rata-rata peniaga menjual ayam pada harga sekitar RM11 hingga RM13 sekilogram.
Peniaga ditemui semasa tinjauan Bernama di Pasar Chabang Tiga di sini, berkata kenaikan harga bukanlah disebabkan peniaga sengaja mengambil kesempatan, namun sememangnya ia berlaku akibat kekurangan bekalan.
Iklan
Iklan
Media sebelum ini melaporkan bahawa kekurangan bekalan ayam di pasaran disebabkan ‘kartel’ ayam bertindak memberhentikan operasi ladang, sekali gus mengakibatkan kekurangan bekalan ayam di pasaran.
Menerusi laporan berkenaan, alasan yang diberikan adalah ayam di ladang belum mencapai berat jualan akibat masalah penggemukan ayam terjejas.
Artikel Berkaitan