KUCHING - Pelaksanaan transformasi Mahkamah Bumiputera Sarawak dijangka bermula tahun depan bagi membolehkannya menjadi sebuah institusi kehakiman yang bebas dan berautonomi seperti Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Undang-undang dan Adat Bumiputera), Jefferson Jamit Unyat berkata, pada masa ini kajian transformasi adalah pada peringkat akhir, dan pihak kerajaan Sarawak sedang dalam proses untuk meneliti dan mengkaji syor-syor yang disarankan oleh pihak konsultan.