Wanita warga emas maut ketika melintas

Iklan
Keadaan motosikal yang terlibat dalam nahas berkenaan. Foto Ihsan PDRM

KUALA PILAH - Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan di Kilometer 29 Jalan Seremban-Kuala Pilah pada pagi Isnin.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang lelaki berusia 81 tahun dengan seorang pejalan kaki iaitu mangsa Rapiah Bulat, 87.

Iklan
Iklan

"Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika penunggang motosikal dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah, apabila sampai ditempat kejadian,tiba-tiba mangsa yang berada di bahu jalan telah melintas untuk ke seberang jalan.

"Keadaan itu menyebabkan penunggang berkenaan tidak dapat mengelak dan telah terlanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya, akibat nahas itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987," katanya.

Iklan