Harimau Muda alih tumpuan ke Piala Asia B-23

Iklan
Pemain negara Harimau Muda, Ahmad Zikri Khalili (dua dari kiri) melakukan percubaan ke arah pintu gol Vietnam pada saingan Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium Viet Tri, 19 Mei lalu. - Foto: Bernama Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan selepas terikat 0-0. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENGENDALI skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Brad Maloney kini mengalihkan tumpuan untuk sepenuhnya Harimau Muda kepada kejuaraan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan yang menyingkap tirai pada 1 hingga 19 Jun depan.

Malah jurulatih dari Australia itu mengharapkan pengalaman sepanjang 14 hari di Hanoi 2021 tersebut akan dimanfaatkan sebaik mungkin para pemainnya bagi mengharungi saingan lebih mencabar di Uzbekistan.

Iklan
Iklan

"Apa yang berlaku pada temasya kali ini perlu dilupakan dengan segera kerana ia sudah berakhir.

"Fokus kami adalah untuk kejohanan seterusnya yang mana kami akan bertemu Vietnam dan Thailand pada peringkat kumpulan kejuaraan Piala Asia di Uzbekistan.

Iklan

"Kami akan menentang mereka sekali lagi dan perlu bersiap sedia serta mengambil pengajaran dan pengalaman di Sukan SEA Hanoi 2021,” katanya pada sidang media selepas perlawanan penentuan pingat gangsa menentang Indonesia.

Pada masa sama walaupun mengakui kecewa skuad kendaliannya pulang dari Hanoi 2021 tanpa sebarang pingat, namun Maloney tetap berbangga dengan komitmen dan semangat ditunjukkan para pemainnya yang sentiasa mahu mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan di temasya itu.

Iklan

"Persembahan yang ditampilkan pemain pada temasya kali ini adalah luar daripada jangkaan jika mengambil kira persiapan yang dilakukan sebelum ke temasya ini.

"Saya percaya mereka sudah berikan aksi yang terbaik terutama ketika bersaing dengan negara yang memiliki pemain lebih berusia dan kredit harus diberikan kepada persembahan mereka,” katanya.

Untuk rekod pada temasya kali ini, skuad B-23 tahun negara berjaya memperbaiki pencapaian apabila menduduki tempat keempat terbaik berbanding keempat peringkat kumpulan pada edisi Filipina 2019 lalu.

Malah skuad B-23 negara turut merekodkan keputusan cemerlang saingan peringkat kumpulan apabila mengharungi perlawanan tanpa kalah selepas merekodkan dua kemenangan dan dua kekalahan.