PENGURUS baru Manchester United, Erik ten Hag percaya pasukannya mampu menamatkan penguasaan domestik Manchester City dan Liverpool di bawah kendaliannya.
Jurulatih kelahiran Belanda yang sudah memulakan tugas bersama United itu yakin bahawa dia mampu memulihkan nasib kelab itu sekali gus menjadi kelab yang digeruni sama seperti dahulu.
Iklan
Iklan
"Saya sangat mengagumi kedua-dua pasukan ini iaitu Manchester City dan Liverpool. Mereka sangat hebat bermain bola sepak.
"Bagaimanapun anda akan melihat era kehebatan kedua-dua pasukan ini akan berakhir dan saya tidak sabar untuk bertempur dengan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai prestasi pasukan United ketika ini, ten Hag percaya mereka mampu untuk mencabar kejuaraan liga musim hadapan meskipun sekadar menamatkan saingan musim ini di tempat keenam.
"Musim sebelum ini, skuad ini menduduki tempat kedua, jadi ia mempunyai potensi.
"Saya fikir jika pasukan boleh memberikan kerjasama yang baik, kami boleh mendapat lebih banyak gelaran daripada apa yang diraih sebelum ini," jelasnya.