KUALA LUMPUR - Seramai 75,618 ketua isi rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih dan tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar telah menerima bantuan rebat elektrik berjumlah RM40 sebulan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40 setakat 11 Mac lalu.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis berkata ia melibatkan 36.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima rebat yang layak iaitu sebanyak 213,965 ketua isi rumah.