KUCHING - Sejumlah 245 sekolah yang dikategorikan sebagai usang di Sarawak telah dibaiki, dibina semula atau dipindahkan setakat ini daripada 1,020 sekolah yang telah dikenal pasti di seluruh negeri ini sejak 2016.
Menteri Pelajaran, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, projek yang telah siap itu adalah antara 455 yang telah diluluskan untuk dilaksanakan.