Tiada laporan kejadian belalai air di Pengerang: MetMalaysia

Iklan

JOHOR BAHRU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Johor tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian belalai air yang didakwa berlaku di Pengerang, Kota Tinggi, petang semalam.

Pengarah Pejabat Meteorologi Johor, Nor Adawiah Abdullah bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang berdepan dengan kejadian tersebut agar menjauhkan diri dari kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Beliau turut mengesahkan bahawa kejadian seumpama itu pernah terjadi di negeri ini.

"Kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian belalai air yang dikatakan berlaku di Pengerang, namun ia pernah terjadi (di negeri ini), tetapi saya tiada maklumat mengenai itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Selasa.

Iklan

Nor Adawiah berkata, belalai air adalah puting beliung bersaiz kecil yang terbentuk di kawasan laut ketika proses pembentukan awan ribut petir kumulonimbus sedang berlaku yang saiznya kurang daripada 50 meter dan had laju kebiasaannya tidak melebihi 150 km/j.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 13 saat di laman sosial Facebook memaparkan kejadian belalai air yang didakwa berlaku di Pengerang, Kota Tinggi, petang semalam. - Bernama

Iklan