SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di sembilan negeri pada petang Selasa.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Iklan
Iklan
Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah di Kelantan (Tanah Merah), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).
Sementara itu, di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) serta Sabah pula di Pedalaman (Tenom dan Nabawan) selain Sandakan (Tongod).
Amaran dikeluarkan pada jam 7 petang itu dijangka berlaku sehingga jam 9 malam pada Selasa.