Bank Muamalat lancar platform pelaburan emas digital EasiGold

Iklan
Zury Rahimee

KUALA LUMPUR - Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) telah melancarkan platform pelaburan emas digital berasaskan Syariah yang pertama, EasiGold, yang akan membolehkan pelanggan melabur dalam emas melalui aplikasi mudah alih.

Pengarah Perbankan Runcit Bank Muamalat, Zury Rahimee Zainal Abiden berkata, platform itu yang disediakan oleh ACE Capital Growth Sdn Bhd (ACE Capital) dijangka menarik sehingga 350,000 pelanggan Bank Mualamat dalam masa 12 bulan.

Iklan
Iklan

"Platform EasiGold hanya untuk pelanggan kami, mereka yang tidak mempunyai akaun dengan kami tetapi mahu menggunakan platform tersebut boleh menuju ke cawangan terdekat kami bagi pembukaan akaun Bank Muamalat.

"Platform ini menampilkan paparan harga emas masa nyata yang membolehkan pelanggan membeli serta menjual emas murni 999.9 yang diperakui oleh Persatuan Pasaran Emas (LBMA) pada harga semerta" katanya selepas pelancaran platform itu, pada Selasa.

Iklan

Bank Muamalat mahu mempromosikan emas sebagai pelaburan alternatif yang lebih selamat kepada semua lapisan rakyat Malaysia, menawarkan tahap-tahap harga dengan penyebaran serendah 1.5 peratus, bergantung kepada keadaan pasaran.

Beliau menjelaskan EasiGold melengkapkan penawaran produk emas sedia ada bank itu selain memenuhi trend semasa ke arah akses mudah alih.

Iklan

Menurut Zury Rahimee, platform pelaburan emas digital ini adalah satu -satunya platform yang mana bank berkenaan menjadi ejen pemasaran tunggal tanpa penglibatan pihak ketiga dan emas disimpan oleh pihak bank.

"Butiran pelanggan disimpan selamat mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 dan keseluruhan prosesnya adalah patuh Syariah.

"Oleh itu, kami percaya bahawa orang ramai akan mempunyai lebih banyak keyakinan untuk membeli emas dalam talian EasiGold kerana ciri -ciri keselamatannya yang lebih dipercayai serta terjamin," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengarah Eksekutif ACE Capital Fong Pok Yee berkata, syarikat itu berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Bank Muamalat, yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang boleh dipercayai dalam perniagaan emas.

"Dengan platform ini, perdagangan emas kini berada di hujung jari dan kami berharap platform tersebut akan mampu menarik golongan milenium dan demografi Gen Z," kata Pok Yee.

Pelanggan boleh memuat turun dan memasang aplikasi EasiGold melalui Google Play Store atau Apple App Store. - Bernama