Remaja 18 tahun tembak 14 pelajar, guru

Iklan
Seorang lelaki bersenjata berusia 18 tahun membunuh 14 pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah rendah di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa. - Foto ABC News

UVALDE - Seorang lelaki bersenjata berusia 18 tahun membunuh 14 pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah rendah di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Ia merupakan kejadian tembakan yang paling buruk dan melibatkan kematian paling ramai pernah berlaku di sekolah AS sejak beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

Serangan itu berlaku di Uvalde, Texas dalam sebuah komuniti kecil kira-kira sejam dari sempadan Mexico.

Gabenor Greg Abbott ketika berucap pada sidang akhbar berkata, lelaki bersenjata itu dipercayai menembak neneknya sebelum menuju ke Sekolah Rendah Robb sekitar tengah hari.

Iklan

Menurutnya, lelaki itu kemudian meninggalkan kenderaannya dan memasuki sekolah tersebut dengan membawa pistol dan mungkin juga senapang.

Abott berkata, lelaki tersebut terus melepaskan tembakan dan membunuh seramai 14 pelajar dan seorang guru.

Iklan

Gabenor tersebut berkata, lelaki berkenaan merupakan remaja tempatan dan mereka yang maut dalam kejadian tersebut adalah warga AS.

Remaja itu dipercayai bertindak bersendirian dalam kejadian tersebut.

Tembakan tersebut merupakan kejadian yang paling buruk pernah berlaku selepas seramai 14 pelajar sekolah menengah dan tiga kakitangan dewasa terbunuh di Parkland, Florida pada tahun 2018.

Sebelum ini, satu kejadian tembakan di sebuah sekolah di kampung Sandy Hook, Connecticut pada tahun 2012 menyebabkan seramai 20 kanak-kanak dan enam kakitangan terbunuh.

Rumah Putih mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung untuk mangsa-mangsa berkenaan yang menyebabkan gelombang kejutan selepas AS masih terkesan dengan kejadian tembakan di Sandy Hook.

Presiden AS, Joe Biden telah diberi taklimat mengenai kejadian tersebut. - Agensi