SEOUL - Korea Utara pada Rabu melancarkan tiga peluru berpandu balistik ke arah Laut Timur, menurut tentera Korea Selatan.
Menurut Ketua Turus Bersama (JCS), pihaknya mengesan peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan Sunan di Pyongyang pada 6 pagi, 6.37 pagi dan 6.42 pagi dan ia merupakan pelancaran kali ke-17 Korea Utara tahun ini, lapor Agensi Berita Yonhap.