STOCKHOLM - Peminat-peminat bekas bintang bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovic bertindak melelong serpihan replika hidungnya baru- baru ini.
Tindakan itu dilakukan bagi membantah pengkomersilan sukan itu dan mereka anggap sebagai pengkhianatan yang dilakukan oleh bintang sukan tersebut.
Patung gangsa bersaiz hidup bekas bintang bola sepak Sweden itu didirikan di kampung halamannya di Malmo pada tahun 2019.
Replika itu telah menjadi sasaran serangan sejak dia melabur dalam kelab bola sepak yang berpangkalan di Stockholm, Hammarby pada November 2019.
Tindakannya yang melabur di kelab bola sepak tersebut telah menimbulkan kemarahan para penyokong Malmo FF.
Sebelum ini, Ibrahimovic memulakan kerjaya bola sepak profesional di kelab Malmo FF.
Hidung patung itu digergaji pada Disember 2019 manakala kaki patung tersebut turut digergaji pada bulan berikutnya menyebabkan ia runtuh.
Peminat-peminat Malmo FF berkata, mereka bertindak sedemikian kerana Ibrahimovic lebih memilih wang daripada cintanya kepada kelab tempat dia memulakan kerjaya profesionalnya.
Artis yang membuat arca gangsa, Peter Linde kecewa dengan lelongan itu.
"Penjual mengadu bahawa bola sepak mengubah permainan menjadi perniagaan besar tetapi mereka sendiri membuat wang daripada jenayah," katanya kepada akhbar harian Sydsvenskan. - Agensi
Hidung patung bekas pemain bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovic di Malmo digergji pada Disember 2019. - Foto Twitter