Terbuka Perancis: Tsitipas lega mara ke pusingan kedua

Iklan
Tsitipas lega mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis pada Rabu. - Foto AFP

PEMAIN tenis ranking keempat dunia, Stefanos Tsitsipas lega apabila berjaya mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis setelah menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti 5-7, 4-6, 6-2, 6-3, 6-2, di gelanggang Philippe Chatrier pada Rabu.

Menurut Tsitipas, dia sama sekali tidak menjangka bakal menerima tentangan hebat daripada pemain bukan pilihan itu yang turut berada pada ranking ke-66 dunia ketika ini pada pusingan pertama.

Iklan
Iklan

"Bagi saya aksi di pusingan pertama kali ini sangat mendebarkan. Saya diberikan tentangan sengit oleh Musetti.

"Saya juga tewas pada dua set pertama kerana gagal menyaingi aksi pantas Musetti yang kebanyakannya berjaya mematikan langkah saya.

Iklan

"Mujurlah saya mampu bangkit pada tiga set seterusnya bagi memastikan kemaraan ke pusingan kedua kali ini,” katanya.

Pada aksi pusingan pertama itu, Tsitipas yang juga naib juara musim lalu setelah tewas kepada Novak Djokoviic dilihat bermula cemerlang namun Musetti berjaya memberikan saingan sebelum memenangi dua set pertama.

Iklan

Bagaimanapun Tsitipas dilihat menggunakan segala pengalaman dimilikinya untuk kembali bangkit selepas itu sekali gus memastikan kemenangan dan mara ke pusingan kedua.

Mengulas mengenai lawan yang bakal ditemuinya pada pusingan kedua kelak, Tsitipas menegaskan dia sedia berdepan dengan mana-mana pemain dalam usaha memastikan hasratnya untuk ke final kali ini tercapai.

"Saya sedia berdepan dengan sesiapa sahaja untuk ke final dan menebus kekecewaan tahun lalu apabila tewas kepada Djokovic.

"Ketika ini, prestasi saya berada pada tahap terbaik dan merasakan mampu untuk memberikan yang terbaik bagi mengulangi kemaraan ke final kali ini,” katanya.