KUALA LUMPUR - Berlatar belakangkan peristiwa serangan maut teroris di Christchurch baru-baru ini, Malaysia dan New Zealand sekata dalam keperluan untuk mengeratkan hubungan demi menentang terrorisme.
Ini adalah hasil rundingan antara Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan rakan sejawatannya Winston Peters di ibu negara hari ini.
Iklan
Iklan
"Kami bersetuju memperkukuh hubungan bilateral dalam menentang durjana terrorisme," kata Dr Wan Azizah kepada media selepas mesyuarat mereka di bangunan Parlimen di sini.
Serangan ke atas dua masjid semasa solat Jumaat pada 15 Mac itu mengorbankan 50 jiwa, termasuk seorang warga Malaysia belasan tahun. Berpuluh yang lain cedera.
Pada mesyuarat itu, Dr Wan Azizah berkata beliau turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan Malaysia kepada kerajaan New Zealand dan rakyatnya serta semua keluarga mangsa. - Bernama