Indonesia mahu kenakan fatwa terhadap PUBG?

Iklan
Permainan PUBG didakwa antara faktor dalam tindakan keganasan di New Zealand.

JAKARTA - INDONESIA. Badan ulama utama di Indonesia bertemu, semalam untuk membincangkan cadangan mengisytiharkan fatwa terhadap permainan video ganas yang didakwa mempengaruhi pengganas kulit putih yang melancarkan serangan ganas di Christchurch baru-baru ini.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) memaklumkan ia sedang mengkaji semula permainan seperti PUBG (PlayerUnknown's Battlegrounds) untuk menentukan sama ia harus mengeluarkan fatwa yang mengatur penggunaannya dalam kalangan penduduk di negara majoriti penduduk Islam itu.

Iklan
Iklan

"Kami berpendapat PUBG adalah faktor dalam tindakan keganasan di New Zealand, namun ia tidak semudah itu. Ini adalah peluang untuk mengawal selia permaian itu dengan lebih baik," kata Setiausaha Suruhanjaya Fatwa, Asrorun Ni'am Sholeh.

Jelasnya, mereka merancang untuk menyediakan garis panduan supaya ia dapat memberi manfaat kepada pengguna dan komuniti yang mana ia boleh dimodelkan selepas fatwa di media sosial.

Iklan

Selain itu, MUI juga melihat e-sports sebagai perkara positif kerana ia boleh mengajar kemahiran kompetitif kanak-kanak menerusi pertandingan permainan video.

"Tetapi, kita tidak boleh menutup mata kerana beberapa permainan video turut mempunyai kandungan negatif," tambahnya lagi.

Iklan

PUBG dan permainan seumpama itu menjadi topik hangat diperkatakan di Indonesia dan negara lain susulan insiden serangan berdarah di Christchurch.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Maklumat memberitahu ia berhasrat untuk mengawal selia PUBG dan permainan video lain dengan nengenakan had masa bermain di negara terbabit. - Benar News