Geran padanan MOTAC dibuka kepada pengusaha hotel satu, dua bintang

Iklan
MOTAC kini membuka permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet kepada pengusaha hotel bertaraf satu dan dua bintang. Gambar hiasan/Foto: 1213RF

PUTRAJAYA - Permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa dan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet kini dibuka kepada pengusaha hotel bertaraf satu dan dua bintang yang mendapat penarafan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).

MOTAC dalam kenyataan pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai pengusaha hotel mengambil peluang menyertai usaha kerajaan memulihkan semula industri pelancongan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, geran itu juga dapat memberi peluang sama rata, sekali gus membantu semua pengusaha hotel bertaraf satu dan dua bintang untuk membaik pulih premis mereka, di samping menawarkan fasiliti terbaik kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

"Pemberian geran ini bakal memanfaatkan 641 hotel lagi yang sebelum ini hanya dibuka kepada hotel bertaraf Orkid iaitu 648 buah. Ini menjadikan jumlah keseluruhan hotel bajet yang layak memohon geran ini adalah 1,289 buah,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Tarikh tutup permohonan geran itu diselaraskan sehingga 15 Jun ini.

MOTAC sebelum ini hanya menawarkan geran yang bernilai RM30 juta itu kepada pengusaha hotel bajet yang diberikan penggredan satu, dua dan tiga Orkid di bawah MOTAC. - Bernama

Iklan