Ismail Sabri rai Aidilfitri bersama Keluarga Malaysia di Tokyo

Iklan
Ismail Sabri (kanan) beramah mesra dengan rakyat Malaysia yang menetap di Jepun pada sambutan hari raya bersama Keluarga Malaysia di Imperial Hotel Tokyo malam ini.- Foto Bernama

TOKYO - Sempena kehadirannya di ibu negara Jepun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu meraikan kira-kira 200 tetamu termasuk rakyat Malaysia yang menetap di Jepun pada sambutan hari raya bersama Keluarga Malaysia.

Pada majlis itu, perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyantuni para tetamu serta bergambar dengan mereka.

Iklan
Iklan

Ismail Sabri berada di Tokyo selama enam hari bermula Isnin lepas bagi mengadakan lawatan kerja rasmi sulungnya ke Jepun sejak memegang jawatan perdana menteri pada Ogos 2021.

Ismail Sabri dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Fumio Kishida, yang memegang jawatan itu Oktober lepas, pada Jumaat ini sempena lawatannya.

Iklan

Ismail Sabri juga akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia pada Khamis. - Bernama

Iklan