Pembedahan plastik: Mei tak bergurau

Iklan
Pelakon, Mei Fen

"NIAT saya hanya nak kongsi," kata aktres Mei Fen Lim kepada Sinar Harian mengenai perkongsian pembedahan plastik wajah di Instagramnya.

Menurut Mei, 32 ketika dihubungi, selagi rupa bukan ukuran, bakat boleh diasah dan dipelajari dengan memasuki kelas seni yang berkaitan.

Iklan
Iklan

"Saya tidak bergurau cuma saya nak generasi hari ini tahu mereka boleh touch up dengan cara lain juga.

"Usah peduli sangat dan ambil hati bila orang kritik wajah kita.

Iklan

"Semua orang ada pilihan, tapi saya pilih untuk surgeri dalaman," jelasnya tegas.

Jelas Mei pada awalnya dia mahu melakukan surgeri muka namun segalanya berubah apabila destinasi dituju berlaku rusuhan.

Iklan

"Saya pernah beli tiket untuk ke Thailand semata-mata nak buat ubah wajah.

"Tapi tak jadi pergi sebab kebetulan ada rusuhan ketika itu. Tiket yang dibeli saya tukar haluan ke Taiwan sebagai hadiah hari jadi ke-21.

"Percutian ke sana membawa saya ke satu tempat dengen mempelajari inner beauty.

"Pulang dari sana saya masuk ASWARA untuk mantapkan lagi bakat lakonan," katanya.