Tak terburu timang anak: Mona, Pekin

Iklan

PELAKON, Mona Allen, 34, memberitahu dia dan suami, Pekin Ibrahim, masing-masing meletakkan rezeki untuk menimang anak pada ketentuan ALLAH.

Menurut Munna Hafiraneza Allen atau lebih dikenali Mona Allen, mereka tidak terburu-buru kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja sebagai pelakon dan juga pengarah.

Iklan
Iklan
Iklan

"Sejujurnya kami terima sahaja jika dikurniakan zuriat. Ada rezeki alhamdulillah syukur.

"Namun buat masa ini masing-masing sibuk, tak adalah nak terburu-buru sangat,” katanya.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan pasangan yang selamat mendirikan rumah tangga sekitar akhir tahun lalu memilih Santorini sebagai destinasi pilihan bulan madu pada Jun depan.