Rakyat Malaysia hilang di Korea Selatan sudah ditemui

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu mengenai kehilangan seorang rakyat Malaysia yang ditularkan melalui laman Facebook.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia, Noorizlin Farahin Ayob, 24, yang dilaporkan hilang di Korea Selatan pada Rabu sudah ditemui.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang individu dikenali sebagai Ling Ling, yang sebelum ini berkongsi maklumat mengenai kehilangan Noorizlin.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, dah jumpa tapi minta maaf, saya hanya boleh beritahu Noorizlin sudah ditemui kerana kes kehilangannya rumit sedikit.

"Saya tidak dapat nak cakap lebih banyak lagi, minta maaf ya," katanya membalas pesanan WhatsApp kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan berkaitan kehilangan Noorizlin Farahin.

Perkara tersebut turut dikongsi melalui akaun Facebook Ling Ling yang memberitahu bahawa kali terakhir berhubung dengan Noorizlin adalah pada 10 Mei lalu dan alamat terakhir dikesan adalah di Cheongju-si, Chungcheongbuk-do.

Iklan

Pemilik akaun tersebut turut meminta mana-mana pihak yang mengetahui plat kenderaan Noorizlin untuk melaporkan kepadanya dengan segera bagi memudahkan polis mengesan lokasi wanita terbabit.