Singapura naik taraf pusat pemeriksaan Woodlands kurangkan kesesakan

Iklan
Pusat Pemeriksaan Woodlands. - Foto Bernama

SINGAPURA - Singapura akan memperbesar dan menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan masa perjalanan dan meningkatkan keselamatan, di persimpangan sempadan darat antara republik itu dan Malaysia.

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, jumlah trafik di Pusat Pemeriksaan Woodlands diunjur meningkat hampir 40 peratus menjelang 2050.

Iklan
Iklan

"Ini bermakna purata harian kira-kira 400,000 pengembara berbanding ketika pra-pandemik iaitu kira-kira 300,000 pengembara pada 2019,” memetik kenyataan bersama ICA dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA), pada Khamis.

Walaupun Covid-19 telah menjejaskan perjalanan, pembukaan semula sepenuhnya sempadan darat mulai 1 April 2022 telah menyaksikan jumlah ketibaan kembali kepada lebih 90 peratus pada hujung minggu berbanding jumlah sebelum pandemik.

Iklan

"Kami menjangkakan volum harian akan mencapai tahap pra-Covid tidak lama lagi, dan terus meningkat selepas itu. Jika kapasiti pelepasan keseluruhan tidak ditingkatkan, masa perjalanan untuk trafik kenderaan boleh meningkat lebih 60-70 peratus semasa tempoh puncak menjelang 2050.

"Justeru, ICA akan menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands merangkumi Pusat Bandar Woodlands Lama untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebagai persediaan Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Pada 2017, ICA dan SLA bersama-sama mengumumkan bahawa projek menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands akan dilaksanakan di Pusat Bandar Woodlands Lama.

"Satu kajian sedang dijalankan untuk menentukan reka bentuk optimum bagi menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands itu untuk pelepasan kenderaan dan motosikal barangan berat.

"Bagi menyokong usaha ini, Lebuhraya Bukit Timah turut akan diperbesar dan dinaik taraf untuk melancarkan aliran trafik keluar dan masuk dari Pusat Bandar Woodlands Lama. Rangkaian jalan tempatan terdekat dan sekitarnya juga akan dinaik taraf,” menurut kenyataan itu. - Bernama