'Jangan salah faham isu Tengku Zafrul calon Parlimen Sungai Besar'

Iklan
Jamal (dua dari kanan) semasa melawat salah seorang mangsa banjir di Sekinchan pada Khamis.

SEKINCHAN - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos meminta ahli UMNO khususnya di bahagian itu tidak salah faham mengenai kenyataannya yang bersedia memberi laluan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertanding di kawasan Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jamal berkata, soal menentukan calon untuk bertanding mewakili UMNO di Parlimen Sungai Besar bukan ditentukan beliau, sebaliknya terserah kepada pucuk pimpinan parti menentukan calon terbaik.

Iklan
Iklan

"Apa salahnya kalau beliau (Tengku Zafrul) hendak datang membantu penduduk di Sungai Besar dan mempunyai fikiran untuk memenangkan Selangor agar diterajui kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke rumah mangsa banjir di Sekinchan di sini pada Khamis.

Beliau memberitahu, UMNO bahagian itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja pemimpin termasuk menteri daripada parti itu untuk membantu Selangor.

Iklan

Katanya, di Selangor hanya Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang berada di dalam kabinet kerajaan Persekutuan.

"Saya melihat ada beberapa UMNO bahagian (di Selangor) tidak menerima beliau (Tengku Zafrul), sebaliknya saya menawarkan beliau untuk berpindah cawangan UMNO dari Lembah Pantai ke Sungai Besar," ujarnya.

Iklan

Katanya, walaupun kehadiran Tengku Zafrul tidak disenangi segelintir pemimpin peringkat bahagian dan ahli UMNO, namun beliau berpandangan sebaliknya.

"Saya melihat kesungguhan dan keikhlasan Tengku Zafrul datang ke Selangor untuk membantu rakyat dan parti UMNO.

"Misalnya pada hari ini (Khamis), kalau tiada siapa membantu penduduk di Sekinchan yang dilanda banjir kilat, maka saya sendiri akan menghadap selepas beliau pulang ke luar negara demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di sini." katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Tengku Zafrul mengintai beberapa kerusi Parlimen termasuk di Selangor untuk menjadi calon BN pada PRU15.