Isu Tak Bai: Tiada rakyat Malaysia terjejas

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kejadian berbalas tembakan dan letupan bom yang berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand pada Rabu.

SHAH ALAM - Kejadian berbalas tembakan dan letupan bom yang berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand tidak melibatkan mana-mana rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut sambil memberitahu bahawa ia hanya melibatkan rakyat dan anggota keselamatan warga Thailand.

Iklan
Iklan

"Setakat ini insiden berkenaan, tiada rakyat Malaysia yang terlibat. Hanya melibatkan anggota keselamatan dan rakyat Thailand,” katanya pada Khamis.

Pada Rabu, tular di media sosial kejadian berbalas tembakan dan letupan bom yang berlaku di pekan Tak Bai dekat Narathiwat, Thailand.

Iklan

Berdasarkan klip-klip video yang tular, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 malam sehingga menyebabkan penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand terutamanya di Pengkalan Kubor, Tumpat panik.

Kejadian berbalas tembakan itu turut didengari dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat yang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai.

Iklan

Beberapa video yang dirakam oleh orang awam tular di Facebook menunjukkan api marak selain beberapa lelaki melepaskan tembakan.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan negara di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, aset ini meliputi pemantauan helikopter dan dron.