Impian suami isteri keluar kepompong kemiskinan jadi nyata

Iklan
Anisah menunjukkan produk kerepek lidah buaya yang dihasilkannya dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan.(Gambar Kanan)Zulkhairul dan Anisah menampal 'impian' mereka di dinding rumahnya untuk kekal fokus mencapai cita-cita mereka. - Foto FB LZS.

HULU LANGAT - Hasrat sepasang suami isteri ingin keluar daripada kepompong kemiskinan akhirnya menjadi kenyataan apabila mereka kini bergelar pengusaha kerepek lidah buaya dan mampu menjana pendapatan sendiri.

Selain memasang tekad untuk tidak lagi bergantung kepada bantuan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS), pasangan suami isteri dikenali sebagai Zulkhairul dan Anisah turut memasang cita-cita untuk membeli rumah dan membantu orang lain yang senasib dengan mereka.

Iklan
Iklan

Kisah inspirasi tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook LZS pada Khamis.

Menurut hantaran tersebut, Anisah memaklumkan, dia memperoleh pendapatan mencecah RM11,000 hasil menjual kerepek pada bulan pertama.

Iklan

Jumlah itu katanya tidak termasuk hasil jualan sempena Aidilfitri sebanyak RM6,000.

"Ada yang membuat tempahan antara 50 hingga 100 balang setiap minggu.

Iklan

"Saya bersyukur dapat membantu suri rumah serta mereka yang kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 tempoh hari," katanya yang mempunyai tiga orang anak.

Dalam pada itu, Anisah turut menzahirkan rasa syukur kerana bebas daripada belenggu kemiskinan kerana sudah mampu membayar zakat dengan pendapatan sendiri.

Mereka yang menyewa di sebuah unit pangsapuri di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini berkata berjaya menepati janji untuk berbuat demikian berbekalkan ilmu dan usaha berterusan selain mendapat bantuan daripada LZS.