THE Speedy Tigers mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan B Piala Asia 2022 apabila melabuh kempen dengan membelasah Bangladesh 8-1 dalam aksi terakhir di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta, pada Khamis.
Skuad kendalian Arul Selvaraj yang sebelum itu telah pun mengesahkan slot ke saingan Super Four selepas melakar dua kemenangan ke atas Oman 7-0 dan Korea Selatan 5-4, ternyata garang dengan hatrik Muhammad Razie Abd Rahim (4', 14', 30') dan Faizal Saari (24', 31', 46').