Tiada bukti kaitkan kemalangan dengan manusia

Iklan
Pegawai Sains Forensik Jabatan Kriminalistik Jabatan Kimia Malaysia, Mohamad Firdhaus Ramli, 33, hadir ketika prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota Bomba dan Penyelamat yang juga anaknya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Jabatan Kimia Malaysia tidak menemui sebarang bukti untuk mengaitkan pelanggaran Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan manusia.

Pegawai Sains Forensik Bahagian Kriminalistik, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Mohamad Firdhaus Ramli merupakan saksi ke- 26 berkata, pemeriksaan yang dilakukannya terhadap kedua-dua kenderaan itu setelah menerima permintaan daripada polis.

Iklan
Iklan

"Tiada sebarang baju, fibre atau bukti biologi seperti rambut, darah ditemui pada kedua-dua kenderaan," katanya pada pemeriksaan utama oleh Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin hari ini.

Faten: Boleh jadi atau tidak, pelanggaran kenderaan dengan manusia tanpa meninggalkan bukti fibre atau biologi?

Iklan

Saksi: Boleh

Faten: Dalam keadaan terdedah dan tidak tertutup beberapa hari sebelum pemeriksaan dibuat dibuat?

Iklan

Saksi: Pada pendapat saya bukti biologi boleh hilang atas sebab faktor persekitaran seperti hujan. Tetapi dalam pemeriksaan.

Faten: Menurut polis, dua kenderaan itu telah diserang perusuh menggunakan senjata dan tangan, apa yang menyebabkan DNA tidak ditemui?

Saksi: Mengikut sains, sekiranya ada pelanggaran mesti ada sentuhan fizikal tetapi pemeriksaan saya tiada menjumpai bukti biologi.

Terdahulu, Mohammad Firdhaus memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan dibuatnya selepas sembilan hari insiden rusuhan itu berlaku.

"Pada 5 Disember jam 10 pagi, saya telah diarahkan oleh Pengarah Bahagian Kriminalistik untuk membuat pemeriksaan terhadap FRT dan van EMRS di IPD Subang Jaya.

"Pemeriksaan dibuat untuk memeriksa pelanggaran dua kenderaan bomba itu dan mengenalpasti penglibatan manusia atau tidak," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kerosakan pada FRT di bahagian belakang sisi kiri hadapan, dan cermin hadapan retak.

"Manakala pemeriksaan ke atas van EMRS mendapati ada kerosakan di bahagian hadapan iaitu ada lekuk yang konsisten dengan FRT," katanya.

Beliau berkata, antara specimen yang diambil adalah cat hitam, cat merah, putih dan kuning.

"Laporan siap pada 27 Disember dan diserahkan kepada polis keesokkan harinya," katanya.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung esok dengan saksi ke-24, Doktor Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur menyambung keterangan.