Rayu sumbangan baik pulih rumah terbakar

Iklan
Jasnizah (kiri) bersama keluarganya di rumah mereka yang terbakar pada Ahad lalu.

MELAKA - Sebuah keluarga di Taman Pandan Jaya di sini, buntu memikirkan kepayahan dihadapi mereka apabila kediaman didiami sejak 10 tahun lalu terbakar pada Ahad.

Suri rumah, Jasnizah Karim, 40, berkata, dia tinggal di rumah yang didirikan atas tanah pusaka keluarga sejak tahun 2012 bersama suami, Mohd Farid Zolkepli, 40, bapa, Karim Abu Bakar, 71, serta tiga anaknya yang berusia lima hingga 12 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian pada jam 1 tengah hari, dia bersama tiga anaknya nyaris terperangkap dalam rumah tiga bilik itu.

Jelasnya, mereka sekeluarga bernasib baik apabila anak sulungnya berjaya membuka kunci pintu rumah untuk menyelamatkan diri biarpun dalam keadaan asap tebal.

Iklan

Katanya, disebabkan api marak dan merebak begitu cepat, dia sekeluarga tidak dapat menyelamatkan barang-barang berharga termasuk perkakas elektrik dan menganggarkan kerugian berjumlah lebih RM100,000.

Anak Jasnizah, Zulhelmi Mohd Farid melihat keadaan ruang tamu rumah yang terbakar.

"Sebelum ini jiran memberi tumpang di rumahnya yang kosong namun sekarang kami anak-beranak menumpang di rumah mentua di Kampung Batu Berendam.

Iklan

"Saya kasihankan ayah sebab di rumah mentua pun ada adik ipar dan keluarganya tinggal bersama, ayah pula nak tinggal sementara di tapak rumah terbakar," katanya.

Ujarnya, kerja-kerja membaik pulih bumbung dianggarkan menelan kos kira-kira RM40,000 dan angka itu tidak termasuk kos pendawaian serta kerosakan lain.

Katanya, sehingga kini mereka tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja baik pulih memandangkan dirinya tidak bekerja manakala suami hanya bekerja sebagai pembantu hospital dengan pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan.

"Memang kalau boleh nak baik pulih segera kerosakan rumah tapi kami tak mampu.

"Harap ada pihak yang sudi membantu supaya kami sekeluarga ada tempah teduh kekal dan dapat menjaga bapa yang telah berusia," katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.

Tambahnya, sehingga kini dia masih belum dimaklumkan oleh forensik bomba punca kebakaran yang bermula dari bilik tidur.

Pelbagai barangan termasuk perabot tidak dapat diselamatkan dalam kejadian itu.

"Kami bersyukur dengan keprihatinan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bachang yang menghulurkan bantuan awal.

"Saya merayu masyarakat dapat membantu meringankan beban kami agar tidak selama-lamanya menumpang di rumah mentua," katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 114487056732 milik Jasnizah.