MPKS tawar diskaun kompaun 50 peratus

Iklan
Majlis Perbandaran Kuala Selangor

KUALA SELANGOR - Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus bermula 1 hingga 30 Jun 2022.

MPKS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, potongan bayaran kompaun itu diberikan untuk semua jenis kesalahan.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran tersebut, pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui ip3ks, aplikasi Citizen E-Payment (CEPat) dan aplikasi PBTPay.

"Selain itu, pembayaran secara terus juga boleh dibuat setiap Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang di Ibu Pejabat MPKS dan Kaunter Pandu Lalu MPKS.

Iklan

"Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Perundangan MPKS di talian 03-32897385 sambungan 30," katanya dalam satu hantaran pada Khamis.

Iklan