Pelajar sekolah kena saman

Iklan
Polis membuat pemeriksaan terhadap pelajar sekolah yang menunggang motosikal

NILAI - Sebanyak 29 saman dikeluarkan terhadap 25 pelajar sebuah di sini atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Didik yang dilaksanakan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kesalahan paling tinggi dilakukan ialah tiada lesen memandu diikuti cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.

Iklan
Iklan

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menjalankan operasi ini ketika pelajar pulang dari sekolah.

"Ia bertujuan memberi pendidikan dan advokasi kepada para pelajar supaya mengambil langkah-langkah keselamatan ketika menunggang motosikal untuk ke sekolah," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, para pelajar juga diingatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

Selain itu katanya, operasi itu disambut baik oleh pihak sekolah dan perbincangan turut diadakan berkaitan pelajar yang menggunakan kenderaan ke sekolah.

Iklan

"Op Didik ini akan adakan diadakan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya tentang soal keselamatan dan kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya," katanya.