Disangka singa sesat rupa-rupanya beg beli-belah

Iklan
Beg beli-belah yang disangka seekor singa oleh seorang pekerja ladang dalam kejadian di Kampung Kinyana yang terletak hanya satu kilometer dari Taman Negara Gunung Kenya.

NAIROBI - Kegusaran seorang pekerja ladang di Kenya berakhir selepas mendapati 'seekor singa' yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran kediaman penduduk rupa-rupanya hanyalah beg beli-belah.

Insiden melucukan itu berlaku baru-baru ini di Kampung Kinyana yang terletak hanya satu kilometer dari Taman Negara Gunung Kenya.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, tiga pegawai Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya dikerah ke lokasi tersebut selepas menerima panggilan daripada pengadu.

Namun, selepas diselidik ia hanyalah beg beli-belah yang dihias gambar realistik singa.

Iklan

Beg berkenaan sebenarnya digunakan untuk mengisi anak pokok avokado dan diletakkan pemilik rumah di kawasan semak bagi mengelak ia daripada kering.

Pemilik rumah tiada semasa operasi 'menangkap' singa tersebut dijalankan.

Iklan

Biarpun kejadian itu palsu, namun pihak berkuasa memuji tindakan pengadu kerana mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kemungkinan konflik. - Agensi