Kualiti udara Pasir Gudang terus dipantau

Iklan
Dr Sahruddin (tengah) diiringi Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz mengedarkan risalah berkaitan kesedaran pengakit tibi di Larkin Sentral, hari ini.

JOHOR BAHRU - Kualiti udara di Pasir Gudang disahkan sudah berada di paras normal namun pemantauan berkala setiap hari tetap dijalankan.

Exco Alam Sekitar, Dr Sahruddin Jamal berkata pihaknya tidak dapat menjamin sepenuhnya keselamatan penduduk namun mengingatkan masyarakat agar harus sentiasa waspada.

Iklan
Iklan

"Kita pantau tiga kali sehari kualiti udara di Pasir Gudang dan Alhamdulillah kita dapati kualiti dalam batas-batas normal."Kita tak boleh menjamin tiada kejadian pencemaran itu (akan datang). Cuma sekarang kita mahu masyarakat waspada dan berhati-hati. Kualiti udara sudah normal. Kita harap tidak terjadi lagi," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan risalah berkaitan kesedaran bahaya penyakit tibi di Larkin Sentral, hari ini.

Ketika ditanya jaminan kes sama tidak berulang apabila sekolah dibuka 31 Mac nanti, Dr Sahruddin berkata, ia sepatutnya tidak ada masalah setelah kerja-kerja pembersihan giat dilakukan.

Iklan

Menurutnya juga, kesemua pesakit yang dirawat telah dibenarkan pulang dan pesakit terakhir dibenarkan pulang 25 Mac lalu.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar segera melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar bagi sebarang aktiviti mencurigakan di sepanjang Sungai Kim Kim.

Iklan

Katanya, kerajaan negeri meletakkan khidmat penjaga di kawasan Sungai Kim Kim yang terjejas bagi mengelakkan perkara sama berulang.

"Sungai Kim Kim sepanjang 13 kilometer dan kita tak nafikan sepanjang aliran Sungai Kim Kim ada banyak kilang jadi mungkin sahaja sumber-sumber pencemaran itu masih ada tapi kita cuba untuk mengawal dan mengurangkan sumber-sumber pencemaran.

"Kerajaan negeri melalui PBT telah meletakkan penjaga di kawasan sepanjang 1.5 kilometer sungai untuk elak ada orang yang membuang sisa-sisa kimia," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengesahkan kawasan Sungai Masai turut terjejas dengan pencemaran kimia namun pihak berkuasa sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.