Waspada peralihan monsun

Iklan
Dr Sahruddin (tiga,kiri) bersama Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz (tiga,kanan) menunjukkan risalah berkaitan penyakit tibi di Larkin Sentral, hari ini.

JOHOR BAHRU- Rakyat negeri ini dinasihatkan berwaspada dengan perubahan musim yang sedang berlaku.

Exco Kesihatan, Dr Sahruddin Jamal berkata perubahan monsun yang berlaku berkemungkinan akan mengakibatkan pelbagai bencana alam.

Iklan
Iklan

"Kita sudah mula peralihan monsun sekarang jadi macam-macam akan berlaku termasuk tanah runtuh, banjir kilat, hujan batu, hujan lebat serta kilat.

"Jadi masyarakat perlu peka dengan perubahan cuaca yang berlaku ini," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan risalah berkaitan kesedaran bahaya penyakit tibi di Larkin Sentral, hari ini.

Iklan

Beliau turut menasihatkan orang awam berjaga-jaga dengan cuaca panas yang melanda negara.

"Cuaca terlalu panas antara 35 hingga 38 darjah celcius jadi banyakkan minum air dan elakkan melakukan aktiviti di luar rumah," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, 146 kematian direkodkan bagi penyakit tibi di negeri ini tahun lalu.

Katanya, masyarakat perlu tahu simptom penyakit itu dan segera mendapatkan rawatan.

"Masyarakat kena tahu simptom sakit tibi seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.

"Sakit ini boleh dirawat kalau tak dirawat akan jangkit pada orang lain. Jadi jangan takut dengan penyakit ini kerana ada rawatannya," katanya.

Beliau sempat mengedarkan risalah berkaitan kesedaran penyakit tibi dan beramah mesra dengan orang ramai di Larkin Sentral.