Remaja maut dilanggar tiga kereta

Iklan
Mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.

KEPALA BATAS - Seorang remaja maut dilanggar tiga kereta selepas terpelanting ke lorong kanan dalam kemalangan jalan raya di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa, Muhammad Fakhrul Hakimi Zainudi, 19, maut di tempat kejadian di KM 121.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan selepas dilanggar tiga kereta yang gagal mengelak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Benelli 150 maut kerana parah di kepala.

"Ketika kejadian, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang besi di tengah lebuh raya lalu terpelanting ke lorong kanan lebuh raya. Ketika itu, sebuah kereta jenis Mercedes Benz dari arah Sungai Petani tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

Iklan

"Selepas pelanggaran tersebut, datang sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia melanggar mangsa dan motosikalnya. Selang beberapa minit, datang lagi sebuah Perodua Bezza juga tidak sempat mengelak lalu melanggar komponen motosikal mangsa," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, keadaan jalan ketika kejadian agak gelap kerana tiada lampu jalan.

Iklan

"Kejadian berlaku berhampiran selekoh dan cuaca dalam keadaan baik. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

"Keputusan bedah siasat mendapati, punca kematian adalah kecederaan parah di kepala kerana kemalangan jalan raya. Siasatan mendapati, mangsa tidak mempunyai lesen memandu namun mempunyai lesen kenderaan," katanya.