'Bersatu tak ikhlas terima Zuraida'

Iklan
Sharifah Hazlina

IPOH - Tindakan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin keluar parti dan melepaskan jawatan kabinet disebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enggan menerima keahlian anggota Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia (PBM) Perak, Sharifah Hazlina Syed Musa Jamalullail berkata, pemimpin Bersatu tidak ikhlas menerima PKN untuk menyertai Bersatu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan yang diambil Zuraida disifatkan sebagai satu tindakan tepat sekaligus mengukuhkan serta meningkatkan keyakinan ahli akar umbi terhadap PBM.

"Secara peribadi, saya melihat kesungguhan beliau mengangkat Agenda Pemerkasaan Wanita akan lebih fokus di bawah platform yang mampu membawa aspirasi yang jelas.

Iklan

"Keputusan yang diambil hari ini mampu mengubah landskap kesedaran sosial dan intelektual wanita Malaysia dalam semua aspek kehidupan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sharifah Hazlina berkata, kedudukan Zuraida di dalam kabinet merupakan hak prerogratif Perdana Menteri dan bukan ditentukan oleh mana-mana parti.

Iklan

Menurutnya, ketika menjadi menteri, Ahli Parlimen Ampang itu merupakan seorang yang bersungguh-sungguh terhadap tugas dan tanggungjawab sehingga berjaya mempertingkatkan pasaran komoditi tempatan ke peringkat global.

"Usaha berterusan oleh Zuraida bagi meyakinkan pemain industri juga pengimport hasil perusahaan komoditi di bawah kementerian tersebut dilihat berjaya menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam pasaran dunia.

"Usaha ini seharusnya dijadikan tanda aras keupayaan seorang menteri dalam membantu mempertingkatkan hasil negara di bawah kementerian yang diterajui mereka," katanya.

Pada 26 Mei lalu, Zuraida menyatakan hasrat bagi meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas mengumumkan keluar daripada Bersatu untuk menyertai PBM.