Maxis berkolaborasi dengan artis tempatan sempena Kaamatan, Gawai

Iklan
Maxis menjalin kerjasama dengan artis lokal Sabah, Sarawak untuk menghasilkan video muzik perayaan Kaamatan serta Gawai bagi merancakkan kedua-dua perayaan tersebut.

SHAH ALAM - Maxis Berhad (Maxis) menjalin kerjasama dengan artis lokal Sabah, Sarawak untuk menghasilkan video muzik perayaan Kaamatan serta Gawai bagi merancakkan kedua-dua perayaan tersebut.

Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong berkata, kerjasama yang dijalinkan bersama artis tersebut mencerminkan komitmen pihaknya untuk menyatukan komuniti berbilang bangsa di negara ini.

Iklan
Iklan

"Berkhidmat kepada rangkaian Sabah dan Sarawak, kami teruja untuk bekerjasama dengan artis tempatan dalam lagu tentang semangat kebersamaan Kaamatan dan Gawai.

"Kerjasama ini mencerminkan komitmen untuk menyatukan komuniti melalui kerjasama agar mereka sentiasa menerajui rangkaian bersama kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu Kam Leong memaklumkan, artis terlibat dalam kolaborasi tersebut adalah duo popular Sabah iaitu Atmosfera yang diasaskan oleh adik beradik Hezron dan Hazrenol Rayner.

"Perayaan Kaamatan di Sabah bermula 30 Mei ini dan lagu yang dibawakan duo itu adalah ‘Kaamatan’ yang dinyanyikan dalam bahasa Dusun.

Iklan

"Lagu tersebut turut mendapat sokongan rakan-rakan artis Sabah seperti Ayie dari kumpulan Floor 88,” katanya.

Sementara itu bagi perayaan Gawai, Maxis berkolaborasi dengan artis berketurunan Dayak-Kelabit Sarawak, Alena Murang untuk muzik video lagu Sun Hatnya.

Lagu yang disampaikan secara akustik dengan iringan rock klasik itu dinyanyikan dalam pelbagai bahasa Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Kelabit, Kenyah dan juga Inggeris.

Orang ramai boleh menonton kedua-dua video muzik itu di laman sesawang www.maxis.com.my/en/campaigns/kaamatan-celebration/ bagi lagu Kaamatan dan www.maxis.com.my/en/campaigns/gawai-celebration/ untuk Sun Hatnya.