Trend solat dengan kipas, tindakan tegas boleh dikenakan

Iklan
Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka yang terikut-ikut trend solat bermakmumkan dan berimamkan kipas yang kini menjadi tular di media sosial.

IPOH - Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka yang terikut-ikut trend solat bermakmumkan dan berimamkan kipas yang kini menjadi tular di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perbuatan yang semakin menjadi ikutan terutama dalam kalangan remaja Islam itu jelas mempersendakan ibadah dan agama Islam itu sendiri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara itu boleh dilaporkan kepada pejabat agama Islam daerah agar tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat.

"Hari ini banyak sangat kelakuan mengarut seperti ini berlaku dan dikongsi.

Iklan

"Harapan saya jika ada benda-benda pelik sebegitu laporkan terus kepada pejabat agama dan minta diambil tindakan," katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.

Trend solat bermakmumkan dan berimamkan alatan elektronik berupa kipas yang tular di media sosial baru-baru ini telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Iklan

Dalam video tular itu, kelihatan remaja Islam tidak kira lelaki dan perempuan berlumba-lumba merakam video sedang bersolat bersama kipas yang dipakaikan telekung atau baju Melayu di media sosial.

Idris berkata, Islam menekankan bahawa perlunya ilmu yang diperolehi daripada guru-guru dan bukannya menerusi media sosial yang tidak diketahui sumbernya dalam soal ibadat.

Justeru katanya, belia Islam dinasihatkan untuk mencari ilmu dengan guru-guru yang boleh memberi petunjuk melalui kuliah-kuliah di masjid dan surau.

"Imam Ghazali ada menyebutkan kalau kita beribadat tanpa ilmu dan ilmu yang kita dapat itu pula tanpa guru, maknanya guru kita adalah syaitan.

"Sebab itulah sekarang ini jadinya benda-benda sebegitu," katanya.