Langit Kuwait berubah jingga 'ditelan' ribut pasir

Iklan
Orang ramai bersiar-siar ketika keadaan sekeliling di Kuwait City bertukar jingga akibat ribut pasir. - AFP

KUWAIT CITY - Ribut pasir yang melanda beberapa negara Asia Barat termasuk Kuwait menjejaskan operasi lapangan terbang selain menyaksikan acara awam berskala besar dibatalkan.

Di Kuwait, ribut pasir menyebabkan langit bertukar jingga dengan debu kuning turut dilihat melitupi bumbung kereta dan rumah.

Iklan
Iklan

Ribut pasir berkenaan turut mengakibatkan jarak penglihatan terhad kepada hanya 300 meter.

Amaran ribut pasir dikeluarkan di beberapa negara rantau Asia Barat sepanjang minggu ini termasuk Iran, Arab Saudi, Iraq dan Syria.

Iklan

Di Iran, sebahagian besar sekolah dan pejabat kerajaan ditutup dengan pihak berkuasa menasihatkan orang ramai kekal di rumah disebabkan kadar pencemaran udara yang berbahaya untuk semua golongan usia.

Sementara itu di Arab Saudi, jabatan kaji cuaca mengeluarkan amaran mengenai ribut pasir di ibu kota Riyadh selain di bandar Madinah, Yanbu dan Al-Ula.

Iklan

Bulan ini saja, seramai 1,200 orang dirawat di hospital sekitar Arab Saudi akibat sesak nafas susulan ribut pasir yang turut melanda Iraq, Syria dan Kuwait sejak sebulan lalu.

Setakat ini, tiga kematian di Syria selain satu kematian akibat ribut pasir dilaporkan di Iraq. - AFP