‘Saya yakin Tia masih hidup’

Iklan
Anggota bomba Pahang melakukan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak tiga tahun yang didakwa hilang serta dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kuantan. Gambar kecil: Muhammad Sukri

KUANTAN - Bapa kepada kanak-kanak tiga tahun yang dilapor hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini pada Jumaat percaya anak tunggalnya itu masih hidup.

Muhammad Sukri Ali, 50, berkata, nalurinya kuat menyatakan anaknya, Siti Nur Athhiyya Soffea atau mesra dipanggil Tia masih berada di darat dan bukanya jatuh ke dalam sungai berhampiran di rumah rakit miliknya.

Iklan
Iklan

Namun, dia memaklumkan reda dengan sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap anak perempuanya itu.

"Firasat saya dapat rasakan bahawa Tia tidak terjatuh ke dalam sungai sebaliknya masih berada di darat.

Iklan

Tia memang seorang kanak-kanak yang lincah dan ceria namun tidak akan ikut orang yang tidak dikenalinya.

Ita bersama Tia yang berbaju kurung bewarna merah ketika majlis Aidilfitri sebelum dilaporkan hilang.

Selepas kehilangannya, saya ada ikhtiar mencari dengan menggunakan kaedah alternatif dan pihak itu mendakwa anak saya disorok bunian.

Iklan

Saya yakin Tia masih hidup dan tidak putus-putus berdoa supaya ditemukan dengan selamat.

"Namun jika berlaku sebaliknya saya sekeluarga reda,” katanya ketika ditemui di rumah rakit di Bukit Rangin di sini pada Sabtu.

Muhammad Sukri berkata, mereka sekeluarga tinggal di rumah rakit berkenaan sejak ia mula beroperasi kira-kira setahun lalu.

"Ketika kejadian, tetamu yang datang masih ramai dan disekeliling rumah rakit juga cerah dengan lampu, mustahil tiada siapa yang perasan jika anak saya terjatuh ke dalam sungai.

"Sebelum kejadian, anak saya berada di dalam bilik di sebuah lagi rumah rakit namun dia tidak dapat dikesan selepas keluar bersendirian dari bilik berkenaan,” katanya yang memaklumkan melihat anaknya itu kali terakhir Tia pada jam 11.15 malam.

Muhammad Sukri berkata, kebiasaannya, anaknya akan tidur pada jam 2 atau 3 petang.

Bagaimanapun, katanya, mungkin disebabkan ada penganjuran majlis hari raya, anaknya tidak tidur pada petang Jumaat.

Ita memegang pakaian terakhir dipakai anaknya sebelum majlis jamuan hari raya bermula.

"Saya berharap anak saya ditemui segera dan terima kasih kepada semua agensi yang terbabit dalam operasi mencari," katanya.

Sementara itu, ibu Tia, Ita Daud, 46, memberitahu anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum kejadian itu.

"Tia sentiasa ceria, saya sempat menyuapkan lemang periuk kera dan rendang ke mulutnya sebelum dia dilaporkan hilang,” katanya.