Sidang Khas ASEAN-Jepun bincang isu serantau, antarabangsa

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media sempena lawatan kerja rasminya di Tokyo pada Sabtu. - Foto Bernama

TOKYO - Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Sidang Kemuncak Jepun-ASEAN khas akan diadakan bagi membincangkan dengan mendalam isu serantau dan antarabangsa.

Katanya beliau mencadangkan sidang khas itu kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dalam pertemuan mereka di Tokyo pada Jumaat, bahawa Jepun perlu membuat libat urus bukan dengan Malaysia sahaja, tetapi ASEAN, dan Kishida bersetuju untuk mengadakannya tahun depan.

Iklan
Iklan

"ASEAN, biasanya pendirian ASEAN, bukan pendirian negara secara berasingan," katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo pada Sabtu, di akhir lawatan kerja rasminya ke Jepun.

Ismail Sabri berkata beliau juga menyatakan kepada Kishida bahawa Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ancaman terhadap kedaulatannya di Laut China Selatan.

Iklan

Beliau berkata dalam mengendalikan isu Laut China Selatan yang kompleks dan melibatkan hubungan antara negara, semua negara berkaitan perlu kekal komited dalam mengekalkan Laut China Selatan sebagai perairan yang bebas untuk pelayaran.

Katanya tindakan yang diambil Malaysia apabila ada isu pencerobohan di Laut China Selatan adalah dalam bentuk bantahan dan rundingan dengan pihak terlibat.

"Bila ada isu berkaitan, kita selesaikan dengan perundingan," katanya.

Iklan

Berhubung konflik Rusia-Ukraine, Ismail Sabri memaklumkan kepada Kishida bahawa Malaysia tidak menyokong sebarang pelanggaran prinsip asas seperti kedaulatan serta keutuhan wilayah setiap negara, dan undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata Malaysia juga bimbang mengenai kesan konflik itu termasuk yang dialami oleh negara yang tidak terlibat secara langsung dalam konflik berkenaan, seperti kesan ke atas aspek jaminan bekalan makanan. - Bernama